kini berakhir. Sebuah ikatan yang telah pun melalui segala dugaan yang berombak duri kini berakhir dengan "keikhlasan" dan "rahmat" dari allah.s.w.t..Tangisan seorang anak remaja yang amat mendambakan kebahagiaan yang abadi buat kedua orang tua mereka telah terluah.. Naluri insaninya sangat berterima kasih kepada semua dan terutamanya kepada allah maha pencipta alam semesta. Terdetik di hati kecilnya, bersyukur kerana setiap titisan airmata yang pernah ditangiskannya dahulu kini dibalas dengan sebuah "kebahagiaan" yang tiada tolok banding hebatnya. Baginya, tiada apa yang dapat membahagiakan dirinya daripada melihat kedua orang tuanya dan saudara2 yang lain bersatu hati.
Kini, anak remaja tu memiliki sebuah iltizam baharu...dia bertekad untuk maju terus dalam kehidupannya. Dia ingin menjadi seorang anak yang bertanggungjawab, berguna,...dan berdiri diatas kakinya sendiri..
Hanya dengan melihat kebahagiaan insan2 yang amat disayangi ..itu sudah cukup untuk membuat dia turut merasa bahagia.. Walaupun kadangkala dia merasakan dirinya tidak semewah atau sehebat rakan2nya yang berpeluang menyambung pelajaran hingga ke peringkat yang tertinggi..Dia mengalah, asalkan adik2 nya meneruskan pengajian hingga ke peringkat yang tertinggi..Namun yang demikian, hati remajanya menjerit kepada alam.."Suatu saat aku pasti akan meneruskan pengajianku di Puncak Menara Gading!"...getus hati kecilnya...Sambil tersenyum manis...
Berakit-rakit ke hulu, berenang renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian..
No comments:
Post a Comment