*Blogging while listening astrid- tentang rasa*
Mencuba melupakan sejarah dulu
Namun ia tidak semudah itu
Malah ia menjadi fobia dlm diri
Hati ini tidak mudah utk diubati
Kerana lukanya teramat dalam
Sehinggakan hati ini tertutup buat insan yang mencinta
Perasaan takut, gentar, cuak menyelubungi diri
Takut jika hati ini disakiti utk yg kedua kali
Terkadang aku juga merasa begitu hairan
Disaat ada seseorang yg cuba mengetuk hati ini
Dan tatkala aku merasakan hal yang sama
Tetapi mengapa akhirnya
Disaat timbulnya rasa cinta di dalam hati
Aku selalu menafikannya?
Oh cukup sekadar sahabat, oh cukup sekadar jalinan persaudaraan
Persoalan yang sukar buat diriku
Apakah hanya kerana aku takut
Aku hanya bertepuk sebelah tangan?
Iya, mungkin
Atau mungkin aku belum bersedia utk mencintai?
Atau mungkin org yang aku cintai akan menghampakanku suatu hari?
Wallahhualam
Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya
Aku pasrah atas segala yang telah ditentukan
No comments:
Post a Comment