Thursday, November 8, 2012

Kau Yang Satu

*While listening Dejavu by Shila Amzah*

Melihat kau dari kejauhan
Hanya ingin memastikan kau sentiasa bahagia
Biar pun hati menangis
Rajuk yang tiada pujuknya
Aku pasrah,

Kebahagiaanmu membuatku turut merasa tempias rasanya
Hanya kerana hati ini
Tidak mampu membiarkan dikau pergi jauh menyepi dari segenap hati
Aku merelakan hati ini menemanimu secara sepi,
Sepi tanpa kata, sepi tanpa bicara,

Menyeka airmata yg mengalir di pipi
Khuatir kau akan melihat tangisanku
Aku cuba melindungnya
Dengan menatap senyumanmu
Tawamu,
Mampu menggantikan sendu ku bersama ukiran kebahagiaan
Sayang, tiada apa yang mampu ku lakukan lagi
Hanya degan iringan  doa agar kau berbahagia disamping kekasihmu
Sahajalah yang mampu aku berikan

Kau yang pertama dan akan menjadi terakhir bagi diriku
Aku menantimu di pintu syurga




_yang mencintaimu selamanya_



No comments:

Post a Comment