Aku tidak memahami apa sebenarnya cinta
Aku tidak menduga ianya hadir ke atas diriku begini
Hatiku tidak dapat menyembunyikan perasaan ini
Jikalau ku mengetahui ianya menjadi sebegini
Aku tidak akan melakukan perjanjian bodoh ini
Kini seperti dungu, sudah terlambat utk aku menyesal
Aku berharap kau bukanlah cintaku
Aku berharap kau juga bukanlah takdir Untukku
Aku semakin keliru, beritahulah aku bahawa ianya bukan kau
Aku berharap ianya akan berakhir begitu sahaja
Kerana aku takut melukakan hatimu
Walaupun aku terpaksa manipu diriku, tetapi
Aku juga ingi memilikimu
Hatiku sakit
Aku tahu ianya permulaan yang salah
Pada mulanya aku menganggap ianya mudah sahaja
Namun tanpa ku sedari,
Aku setiasa menyebut namamu
Apakah yang harus aku lakukan
Dimanakah salahnya??
Aku terpaksa menafikan perasaan cintaku ini
Walaupun aku merasa sungguh terseksa
Seandainya kau tiada disisiku sejak mula lagi
Ianya takkan jadi sebegini pahit
Aku tidak mampu berselindung lagi
Kenyataanya aku harus memadamkan kau dari ingatanku
Namun mengapa hatiku ini terlalu pedih?
We're almost can be craze when it come around
But it awesome when we appreciate with it
bEST rEGARd,
_Cik MOoN_
No comments:
Post a Comment